Isnin, 8 Jun 2009

PERTANDINGAN PETANQUE TRIPLE TERBUKA SRI AMAN 2009

PERTANDINGAN PETANQUE TRIPLE TERBUKA SRI AMAN 2009

ANJURAN PERSATUAN PETANQUE SRI AMAN
TARIKH : 4- 5 JULAI 2009
TEMPAT : PADANG PETANQUE SK AGAMA, SRI AMAN
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 01 JULAI 2009 JAM 1500 HRS

(PENYERTAAN TERHAD KEPADA 64 PASUKAN SAHAJA)

FORMAT PERTANDINGAN
● Undang-undang dan peraturan pertandingan tertakluk kepada undang-undang FIPJP
● Pusingan Pertama dijalankan secara "DOUBLE KNOCK-OUT"
● Pusingan Kedua dan seterusnya dijalankan secara " KNOCK OUT "
● Kiraan 13 MATA atau SATU JAM yang mana sampai dahulu akan digunakan sepanjang pertandingan.
● Pihak penganjur akan menyediakan 'BOULES' untuk pertandingan bagi pemain-pemain yang tidak mempunyai 'boules'.
*
Format Pertandingan juga adalah tertakluk pada jumlah penyertaan nanti.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada
En. Muhd. Fuad Augustine Abdullah,Unit Pengurusan Maklumat & ICT ,PPD Sri Aman [ 0198650202 ] ,
En. Rosdi Shamsudin , SMK ST Luke[ 0198474123 ] ,
En. Kharol Salleh b. Hj. Bujang, SK Agama,[ 0135760606 ]
En. Yakof Rie , Penjara Pusat Sri Aman [ 0194532667 ],
En. Suhaimi Johan,Jabatan Perubatan Sri Aman [ 0198640892 ]

atau e-mail borang penyertaan
igatfuad@yahoo.com, pada ada atau sebelum 01 JULAI 2009 jam 3.00 petang.

borang pertandingan : klik di alamat ini
http://www.2shared.com/file/6197067/db9db155/SRI_AMAN_TRIPLE_OPEN.html

peta lokasi pertadingan / hotel :

http://www.2shared.com/file/6197232/d50465f1/PETA_BANDAR_SRI_AMAN_-_PETANQUE.html


Khamis, 9 April 2009

SINGLE TERTUTUP SRI AMAN 2009 ANJURAN PERSATUAN PETANQUE SRI AMAN(PROTEM)


                          1. Pada 21.03.2009 telah berlangsung Pertandingan Petanque Single Tertutup Sri AMan di Padang Petanque MAKSAK Sri Aman.

                          2. Seramai 24 peserta telah menyertai pertandingan tersebut.

                          3. Berikut keputusan pertandingan tersebut :-

                          4. Johan : Tn.Yakof (Pridept)

                          5. Naib Johan : Bahtiar (abai) (Pridept)

                          6. Ketiga : Cikgu Rosni (SK.Abg Aing Sri Aman)

                          7. Kempat - Kelapan : Cikgu Rosdi (SMK.St Luke) , Amir (Pridept) ,Justin (Pridept), Kasim(Dental)


                          Go Pridept !



                          Isnin, 16 Februari 2009

                          KEJOHANAN TRIPLE DI SANTUBONG, KUCHING 14-15.02.2009















                          Pada kejohanan kali ini, pasukan kami menghantar 3 team sahaja.Sepanjang kejohanan bermula pasukan saya (PRIDEPT B) kurang 'heng' sebab dah mendahului dengan mata 10-2 tapi tak dapat menang. Pridept 'C' menambahkan pengalaman dengan bermain dengan penuh semangat dan Pridept 'A' dengan penuh semangat tetapi tidak dapat mara ke pusingan seterusnya.Manakala pasukan yang lain menunjukkan komitmen yang tinggi dengan bermain dengan baik tapi nasib tidak menyebelahi. Seorang pemain Pridept iaitu saudara Nordin pada kali ini bermain dengan Mukah Team.Anyway, tahniah atas penganjuran yang teratur terutamanya pada Cikgu Yazit n Team. Seterusnya sasaran pasukan kami ialah bertandang ke Bandar Sibu pada 28-29 Mac 2009 bagi mengikuti Kejohanan Triple jika tidak ada kursus serta halangan-halangan lain. Go...Pridept.

                          Ahad, 21 Disember 2008

                          SARAWAK OPEN PETANQUE TRIPLE MASTERS 2008 DI BINTULU, SARAWAK






                          Pada 20-21.Dis.2008 pasukan petanque Pridept Sri Aman telah menghantar 4 pasukan ke Kejohanan SARAWAK OPEN PETANQUE TRIPLE MASTERS 2008 di Bintulu. Banyak rintangan yang ditempuhi dalam perjalanan ke Kejohanan tersebut.
                          Antaranya , kereta Cikgu Duan yang terlanggar lubang dan menyembabkan kebocoran angin dalam perjalanan sibu ke bintulu. Kesian, rim keretanya rosak teruk dan tidak dapat digunakan lagi (boleh ditimbang untuk di kilogramkan kat kedai besi)."

                          Perjalanan yang hampir memakan masa 12 jam itu sungguh meletihkan, tetapi semangat petanque pasukan Pridept amat membanggakan . Ini disebabkan ada dikalangan ahli pertama kali pergi ke Bandar Gas tersebut.Tempat penginapan kami sepanjang di Bintulu ialah Parkcity Everly Hotel dan Utama Inn. Pada kejohanan kali ini pencapaian terbaik pasukan kami adalah seperti berikut :-
                          Pasukan Pridept A (shukri,fuad,rosdi) pusingan awal, great game coz diorang ni makan masa sampai lebih 1 jam per game. Pridept B(TOM-TOM BAK)(nordin,tn.abg,duan) "mereka bertiga ini dikira hebatlah sebab mereka dapat main menentang pasukan jemputan antarabangsa BRUNEI". Pridept C(zaidi,justin,mervin) kalah di pusingan awal kumpulan masing-masing. Pasukan Pridept D (abai,boy,amir) bermain sehingga ke pusingan ketiga (Top 16) dan kalah kepada Perak A dalam merebut tempat ke Suku Akhir. Walaubagaimanapun, satu cabaran bagi pasukan kami bagi menghantar pasukan kami di Kejohanan-Kejohanan akan datang di seluruh negeri Sarawak.
                          Go-Pridept.

                          Ahad, 2 November 2008

                          KEJOHANAN PETANQUE TERTUTUP SARAWAK 2008






                          j





















                            1. Buat pertama kalinya pasukan Pridept kami menghantar di kejohanan petanque negeri sarawak pada tahun 2008. Sebanyak 4 buah pasukan terdiri daripada PRIDEPT A, B, C, DAN D. Tiga pasukan pridept telah melepasi ke pusingan ke-2 dimana pusingan pertama diadakan secara double knock-out. Hanya satu pasukan berjaya ke pusingan Suku Akhir iaitu Pridept'D' diwakili oleh Yakof Rie dan Mohd.Fuad Augustine tetapi nasib tidak menyebelahi kami. Walaupun demikian, sekalung tahniah buat pasukan kami dan satu cabaran untuk menghadapi masa akan datang dan seterusnya pasukan kami berkemungkinan akan bergerak ke Bintulu pada Disember nanti bagi Kejohanan di Bandar Gas itu .Go Pridept!