Ahad, 21 Disember 2008

SARAWAK OPEN PETANQUE TRIPLE MASTERS 2008 DI BINTULU, SARAWAK






Pada 20-21.Dis.2008 pasukan petanque Pridept Sri Aman telah menghantar 4 pasukan ke Kejohanan SARAWAK OPEN PETANQUE TRIPLE MASTERS 2008 di Bintulu. Banyak rintangan yang ditempuhi dalam perjalanan ke Kejohanan tersebut.
Antaranya , kereta Cikgu Duan yang terlanggar lubang dan menyembabkan kebocoran angin dalam perjalanan sibu ke bintulu. Kesian, rim keretanya rosak teruk dan tidak dapat digunakan lagi (boleh ditimbang untuk di kilogramkan kat kedai besi)."

Perjalanan yang hampir memakan masa 12 jam itu sungguh meletihkan, tetapi semangat petanque pasukan Pridept amat membanggakan . Ini disebabkan ada dikalangan ahli pertama kali pergi ke Bandar Gas tersebut.Tempat penginapan kami sepanjang di Bintulu ialah Parkcity Everly Hotel dan Utama Inn. Pada kejohanan kali ini pencapaian terbaik pasukan kami adalah seperti berikut :-
Pasukan Pridept A (shukri,fuad,rosdi) pusingan awal, great game coz diorang ni makan masa sampai lebih 1 jam per game. Pridept B(TOM-TOM BAK)(nordin,tn.abg,duan) "mereka bertiga ini dikira hebatlah sebab mereka dapat main menentang pasukan jemputan antarabangsa BRUNEI". Pridept C(zaidi,justin,mervin) kalah di pusingan awal kumpulan masing-masing. Pasukan Pridept D (abai,boy,amir) bermain sehingga ke pusingan ketiga (Top 16) dan kalah kepada Perak A dalam merebut tempat ke Suku Akhir. Walaubagaimanapun, satu cabaran bagi pasukan kami bagi menghantar pasukan kami di Kejohanan-Kejohanan akan datang di seluruh negeri Sarawak.
Go-Pridept.